Berita
Wakil pertama negara menang kejuaraan badminton dunia
Oleh Sukhairi Thani - Ogos 28, 2022
KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menamatkan penantian gelaran sulung Malaysia di pentas Kejohanan Badminton Dunia pada edisi ke-27 yang berlangsung di Tokyo, Jepun sebentar tadi.
Aaron-Wooi Yik muncul juara selepas menewaskan lawan yang pernah mereka temui ketika perlawanan penentuan pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-19, 21-14 dalam tempoh 40 minit.
Sumber: Berita Harian
AUG 2022: Peluang skuad badminton bolot dua emas
Oleh SYAFIQ AZNAN - 23 Julai 2022
Pemain negara, Ng Jun Yan antara yang akan beraksi pada aksi final acara berpasukan lelaki pada temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022, esok.
Skuad badminton negara berpeluang untuk membolot dua pingat emas dalam acara berpasukan lelaki dan wanita pada temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022 di Thailand.
Sumber: Berita Harian
Wei Chong-Kai Wun tak gentar jumpa juara Olimpik
Oleh ADAM ZAMRI - 23 Julai 2022
Man Wei Chong-Tee Kai Wun muncul wakil tunggal Malaysia meneruskan kemaraan ke final Terbuka Taiwan selepas menewaskan pasangan tuan rumah, Su Ching Heng-Ye Hong Wei.
Ini kali kedua Weu Chong-Kai Wun melangkah ke peringkat akhir tahun ini selepas berjaya melakukannya dalam Kejohanan Syed Modi, India pada Januari lalu dan muncul juara.
Sumber: Utusan Malaysia
Berita Lain
Misi rampas emas
Pearly-Thinaah optimis mampu rampas emas dari India dalam acara berpasukan campuran pada Sukan Komanwel Birmingham.
PM ucap tahniah kepada Aaron-Wooi Yik
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan tahniah kepada beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang mencipta sejarah muncul juara pada Kejohanan Badminton Dunia di Jepun, hari ini.


