Peraturan

Pengenalan

Permainan badminton memerlukan gelanggang, raket dan bulu tangkis. Badminton boleh dimainkan dengan 2 orang atau 4 orang pemain. Semua lapisan peringkat umur sama ada lelaki atau perempuan boleh bermain badminton. Badminton juga boleh dimainkan secara suka-suka untuk mengisi masa lapang atau secara pertandingan. Terdapat acara berpasukan dan individu. Dalam acara individu iaitu perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita serta bergu campuran. Piala Thomas Uber dan Piala Sudirman ialah acara berpasukan. Pemenang boleh memilih untuk memulakan servis, menerima servis atau memilih petak gelanggang. Pihak yang kalah akan menerima pilihan yang berikutnya.
badminton

Peraturan dan undang-undang permainan badminton ditetapkan oleh IBF

Sistem Kedudukan Pemain Badminton Dunia Sistem pengiraan mata pemain badminton bagi kedudukan dunia dibahagi kepada lima displin iaitu perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran. Status kedudukan pemain diperakui oleh Badminton of World Federation (BWF).
IBFWorldChampionship

Berikut adalah sistem pengiraan mata bagi pemain perseorangan dan beregu :

★ Berjaya mengutip mata bagi kedudukan dunia dalam kejohanan yang disertai

★ Kelayakan untuk Sukan Olimpik dan kejohanan dunia juga dikira berpandukan kedudukan dunia.

★ Menyertai kejohanan dunia akan mendapat banyak mata sekiranya menang

★ Pemain pilihan dilihat melalui kedudukan dunia

★ Kutipan mata bagi kedudukan dunia untuk setiap pemain akan bertambah apabila mereka menyertai dua atau lebih kejohanan dalam masa 12 bulan setahun

★ Menyertai setiap kejohanan dan menang dalam kejohanan yang disertai

Memulakan Permainan

♠ Pemenang boleh memilih untuk memulakan servis, menerima servis atau memilih petak gelanggang.

♠ Bagi memulakan satu permainan, undian dibuat terlebih dahulu. Bulu tangkis atau syilling boleh digunakan dalam undian.

Memulakan Permainan

Masa Rehat

Setelah mana-mana pemain atau pasangan mencapai mata 11, rehat selama 60 saat akan diberikan. Rehat antara game selama dua minit diberikan apabila sesuatu perlawanan tamat.

Masa Rehat

Sistem Pengiraan Mata

♣ Sistem kiraan mata dalam permainan biasa ialah 21 mata rali yang terbaik daripada tiga perlawanan.

♣ Mata akan diberikan kepada mana-mana pemain yang memenangi rali.

♣ Perbezaan 2 mata diperlukan untuk menang.Jika tidak, permainan diteruskan hingga 29-29. Pemain/pasangan pertama mencapai mata 30 dikira sebagai pemenang.

♣ Dalam acara beregu jika mata genap pemain sebelah kanan akan membuat servis dan sebaliknya.

♣ Kutipan mata bagi kedudukan dunia untuk setiap pemain akan bertambah apabila mereka menyertai dua atau lebih kejohanan dalam pertandingan.

♣ Dalam acara perseorangan jika pemain mendapat mata genap servis dilakukan di sebelah kanan gelanggang pemain dan sebaliknya.

Servis Semula

♤ Tidak boleh melengahkan servis selepas mengayun raket ke belakang.

♤ Pemain yang membuat servis dan menerima servis tidak dibenarkan memijak garisan gelanggang.

♤ Kedua-dua belah kaki sentiasa menyentuh lantai gelanggang dan dalam keadaan tetap.

♤ Bahagian gabus bulu tangkis perlu disentuh dahulu semasa membuat servis.

♤ Bulu tangkis mesti berada di bawah paras pinggang dan batang (shaft) mesti menghala ke bawah semasa melakukan servis.

♤ Servis dilakukan setelah penerima telah bersedia. atau syilling boleh digunakan dalam undian.


Servis Semula (Let)

♦ Penerima belum bersedia dan tidak mencuba.

♦ Pembuat servis dan penerima melakukan kesalahan serentak.

♦ Bulu tangkis melekat dijaring selepas melepasi jaring.

♦ Semasa permainan, gabus pada bulu tangkis tercabut.

♦ Pemain diganggu oleh jurulatih pihak lawan.

♦ Pengadil tidak dapat membuat keputusan. Sistem kiraan mata dalam permainan biasa ialah 21 mata rali yang terbaik daripada tiga perlawanan.

Larangan Untuk Pemain

╄ Jangan sengaja melambat-lambatkan permainan.

╄ Jangan sengaja merosak atau mengubahsuai bulu tangkis untuk menukar kelajuan.

╄ Tidak memijak garis semasa membuat servis, menyentuhi jaring atau pemain menyentuh papan iklan.

╄ Tidak berkelakuan kasar.

╄ Jangan meninggalkan gelanggang tanpa kebenaran pengadil.


Sekiranya Berlaku Bakal

ᔜ Menyentuh jaring atau tiang dengan anggota badan, raket atau pakaian.

ᔜ Raket melepasi atas atau bawah jaring dan mengganggu pihak lawan.

ᔜ Mengganggu pihak lawan dengan laungan kuat atau menggunakan isyarat tangan.